Friday, September 25, 2009

Sinki...

Tolong perhati dan check sinki anda samada sinki tersebut dipasang ala sangkut-sangkut atau memang diskru kukuh. Sudah pecah berteraburan macam gambar di bawah baru tahu sinki tu ala sangkut-sangkut memang sudah terlambat.~Nasi dah jadi bubur~








Hasilnya, kaki anda akan menjadi mangsa..T_T.. tapi tidak semestinya anda!! Bayangkan kalau budak2 cuba nak capai sesuatu kat atas sinki dan....( Na`uzubillah...)






Berjaya dapat satu lagi kenaikan pangkat dengan 8 bintang (baca: 8 jahitan) tapi kali ni kat kaki pulak.. B-)

~Kaffarah dosa?? ameen..~



Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin..Taqabbalallahu minna wa minkum..

Tuesday, September 8, 2009

Ada apa dengan 09/09/09???

Takde pape pun.


Setakat nombor tarikh, hari , dan tahun je yang sama. 09/09/09.


Kalo nak ikut tarikh Islam, maghrib nanti da dikira hari baru.


Ha, kalo camtu, barulah o9/o9/o9 itu begitu bermakna!!


WHY??!!












Da masuk 10 malam terakhir Ramadhan>>>>20 Ramadhan 1430<<<



">Sabda Rasulullah SAW:"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu.


Salam Laylatul Qadr.............

Thursday, September 3, 2009

Bantulah...












Si Miskin berlapar sepanjang masa, tiada pembuka dan penutup bagi kelaparan itu.Dari pagi jika tiada rezeki untuk menjadi santapannya, maka berlaparlah mereka sehingga malam.Jika malam pun masih tiada lagi rezeki , maka berlaparlah sepanjang malam sehingga paginya.Begitulah kehidupan Si Miskin.

Si Kaya terus kekenyangan setiap masa!Tiada apa yang boleh menghalang mereka untuk makan.Pintalah apa2, pasti kedapatan apa yang dipinta.

Inilah hikmah Ramadhan..! Si Kaya dan Si Mampu dilatih untuk menahan diri seakan-akan dirinya adalah orang miskin yang sentiasa kelaparan.Bezanya, Si Kaya dilatih hanyalah untuk menahan lapar bermula dari waktu Imsak sehingga terbenam matahari(Maghrib), sedangkan Si Miskin mungkin berterusan kelaparannya itu.. TIADA PEMBUKA DAN PENUTUP!!

Bantulah mereka dan dirimu dengan menyucikan hartamu.

"Ingatlah pada hari ketika emas dan perak dalam neraka jahannam, lalu dengan itu diseterika dahi, lambung, dan punggung mereka (seraya dikatakan kepada mereka) " Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat dari) apa yang kamu simpankan itu" (At-Taubah:35)


" HAAZAA KANAZTUM LIANFUSIKUM!! FAZUUKUU MA KUNTUM TAKNIZUUN...!"



~Zakat Fitrah bagi negeri Pahang Darul Makmur = RM7.00 ~


P/s: 10 malam terakhir Ramadhan! Salam Laylatul Qadr...