Wednesday, August 19, 2009

Klinik


















Selama berpraktikal di Audiology Clinic Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan ini, sudah banyak patient(pt) yang yang telah kutemui.Muda, tua, Datin, datuk,nenek,budak sekolah,baby malah banduan juga termasuk dalam senarai pt kami. Tugas didalam klinik nampak susah pada awal2 berpraktikal, namun lumrah manusia belajar dari kesilapan.Mahu atau tidak, kita kena menghadapai segala kemungkinan segala jenis pt yang datang dan bersiap sedia dengan ilmu!

Posting blog kali ni nak berkongsi pengalaman yang berlaku dalam minggu ni yang kurang pesakit gara2 H1N1. Maklumat pesakit terpaksa dirahsiakan dan ini sememangnya merupakan "medicolegal purpose" dalam semua procedures hospital.

Pesakit dirujuk ke klinik kami daripada ENT(Ear Nose n Throat) department untuk menjalani ujian pendengaran setelah mengadu masalah pendengaran.Ketika itu , tiba giliranku untuk menjalankan ujian selepas 2orang lagi yang sekumpulan denganku sudah selesai dengan ujian2 mereka.

Selepas selesai mengambil latar belakang pesakit, seperti biasa pemeriksaan untuk melihat telinga(salur telinga,gegendang telinga) dijalankan.

Tatakala keadaan telinga dapat diperhati, Hatiku bermonolog " As my expectation, listed in patient's file and proven through this otoscopic examination..hmmm.."

"Central perforation 20% Tympanic Membrane at Left Ear." laporku kepada En. Ahsrul, Audiologist Kementerian Kesihatan Malaysia HTAA, merangkap supervisor kami pada hari tersebut.

Apa yang aku kesalkan sangat dalam kes ini adalah sebab terjadi koyakan pada gegendang telinga(perforation tympanic membrane) pesakit itu.Pesakit mengadu telah DITAMPAR SEBANYAK 3KALI dibahagian muka kiri oleh suaminya..Bayangkan hanya dengan 3 kali je dah mampu nak koyakkan gegendang telinga kita yang sememangnya kenyal ni.Allahuakbar!! apa jenis laki la ni...Bukan jenis tampar/ "babab" baby dah ni.Kalau baby kene babab pun , mesti suka je..=p



Normal Tympanic Membrane




Perforated tympanic membrane







Didalam Islam sendiri ada peraturan- peraturan sebelum pukulan dibolehkan.Itu pun dengan syarat2 yang tertentu seperti tidak boleh pukul di bahagian kepala etc.

1. Nasihat
2.Asing tempat tidur
3.Pukul



Ada orang tahu tentang sesuatu perkara dan istiqamah melakukannya.BERUNTUNGLAH KAUM INI. Ada orang tahu tetapi masih lagi melakukan kerja2 yang salah dan ada orang yang tidak tahu tetapi mengikut sahaja apa yang dilakukan orang lain tanpa dalil atau nas yang shahih.CELAKALAH KAUM INI.



~Fastabiqul Khairat~




Audiologist-to-be





















Sunday, August 2, 2009

Wal fajr..

Demi Matahari






video

















"Allahumma barik ummati fi buquliha..."


“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi mereka.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)