Thursday, July 23, 2009

Danger!!





Buat mereka yang tengah 'naik syeikh' atau 'masyuk' menyumbat telinga dengan cutton bud atau putik kapas.....


ANDA JUGA BOLEH MELAKUKANNYA!!









Gegendang telinga anda berpotensi tinggi untuk cedera jika anda sentiasa menggunakan putik kapas atau yang seangkatan dengannya, kononnya untuk membersihkan telinga anda.
Mungkin istilah 'tahi telinga' itu sendiri menggambarkan seolah2 ianya adalah najis..-taik- yang perlu dibersihkan sentiasa, sama seperti najis lain. Jika ini pendapat anda, maka anda SALAH!!

Tahi telinga atau nama saintifiknya 'wax cerumen' adalah sejenis cecair seakan lilin yang dihasilkan oleh kelenjar didalam salur telinga..Hanya dengan perkataan tahi sahaja, anggapan orang ramai telah terpesong sedangkan wax ini mempunyai hikmah semulajadi ..


>Memerangkap habuk, butiran pasir halus,mikroorganisma.

>baunya menghalang serangga dari mendekati apatahlagi memasukinya

> Fungsi sebagai antibiotik dan anti fungi.

>melembabkan epithellium dalam salaur telinga.

>Kalis air.

>membersihkan telinga..mempunyai mekasnisme pembersihan tersendiri..


Nah, begitu banyak fungsi yang dimainkan oleh yang dinamakan ¬tahi¬ ini . Penggunaan putik kapas menyebabkan kotoran yang hendak dibawa keluar melalui mekanisme tersendiri, tertolak semula ke dalam, merosakkan kelenjar penghasilan wax,berlaku jangkitan didalam telinga dan sebagainya..

Inilah sebabnya para doktor , specialist ENT, Audiologist, melarang penggunaan putik kapas. Jika berlaku rasa kurang selesa atau sakit, berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan yang betul.



وهو ا لذي أنشأ لكم ألسمع وألأبصار وألأفئدة لعلكم تشكرون

Tuesday, July 21, 2009

Derma darah lagi.. B-)

Alhamdulillah, diberi ni`mat Iman dan Islam disamping kesihatan aqal dan jasmani..

Hari ini telah kutanamkan niat untuk menderma darah selepas cukup tempoh 3bulan pendermaan terakhir memandangkan tiada kelas pagi dan bukan giliranku ke klinik waktu petang

Semuanya berjalan lancar tanpa sangkut kat mana2 checkpoint.Alhamdulilah berjaya buat kali ke-7.


Blood Type : A+

Weight: ...secret...

Blood Pressure: 120/80mmHg

Haemoglobin : 13.7


"Sihat sebelum Sakit"

Thursday, July 9, 2009

Syahid..!


Marwa-el-Sherbini Syahidatul Hijab!

<> Wanita Muslimah Mesir

<> Berhijab

<>Sedang mengandung 3 bulan

<> Sedang menghadapi perbicaraan kes mahkamah

<> di dalam mahkamah!

<> depan Hakim!

<> depan pengawai keselamatan!

<> depan keluarga!

<> depan orang ramai!

000 DITIKAM SEBANYAK 18KALI 000

<> gara-gara dituduh `pengganas'

<> kerana memakai HIJAB!!

<>oleh lelaki Jerman

=pengawai keselamatan tak buat apa-apa.

++++ si pembunuh(lelaki Jerman) memanggil muslimah sbg `pengganas` kerana hijabnya..

SIAPA PENGGANAS YANG SEBENAR SEKARANG!!!


" Atas sebab dosa apa, dia dibunuh??"

"What was her sin to be killed?"

bi ayyi zamben qutilat??!


















p/s: ?? بأي ذنب قتلت

Thursday, July 2, 2009

Atadaruuna manil MUFLIS!!




Tahukah siapa Orang Muflis?!!



Sabda Rasulullahi Sollallahu `alaihi wasallam kepada Sahabat radhiallahu`anhum..

Atadaruuna manil muflis??
~siapakah orang yang muflis?~



Sahabat radhiallahu`anhum menjawab..

~orang yang tidak mempunyai dinar dan dirham~



Sabda Rasulullahi sollallahu`alaihi wasallam..

~orang yang muflis ialah orang yang datang dengan pahala yang banyak pada hari kiamat nanti ; pahala puasanya, pahala zakatnya, pahala hajinya, pahala umrahnya,pahala sadaqahnya dan bermacam2 lagi pahala kebaikan yang dilakukannya, tetapi orang ini telah menzalimi orang lain, mengumpat orang lain dan kejahatan lain yang dilakukannya, maka orang yang dizalimi atau yang dilakukan kejahatan terhadapnya meminta hak mereka.Lalu pahala orang tadi diberikan kepada orang yang menuntut atas perbuatan jahatnya sehingga habis semua pahala orang tadi sedangkan masih ada lagi orang meminta haknya.Lalu, dosa orang yang meminta haknya itu dicampakkan kepada orang yang menzaliminya dan orang itu pun dicampakkan ke dalam api neraka..!

Aw kama Qol.... Shahih Bukhari, Bab menzalimi orang lain.

sedih


Catatan :

Fulus atau Falsan dalam bahasa Arab bermaksud duit.tapi duit yang dimaksudkan adalah duit syiling (tembaga).Dalam bahasa Melayu, istilah `sen` yang kita gunakan adalah berasal daripada kalimah Falsan ---> san ---> sen iaitu nilai yang paling rendah. (20 sen!! peace)

Adapun istilah muflis itu merujuk kepada si pelaku ( fa`il )yang menunjukkan si pelaku hanya mempunyai duit syiling (sen) sahaja; tiada dinar (emas) mahupun dinar (perak)!!


p/s: Muflis akhirat ??