Monday, December 29, 2008

Demonstrasi AMAN sebagai tanda solidariti kita akan diadakan pada

hari : selasa 30/12/08
jam : 11.30 pagi
tempat : di hadapan bangunan tabung haji

berarak ke kedutaan amerika dan memorandum akan diserahkan..
usaha kecil kita ini diharap besar di sisi Allah..

‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط

"Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranya dengan wajah yang senyum dan riang.."
( Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 )

Thursday, December 25, 2008

Saying (1)




"People don`t care how much you know


but

they know how much you care"

Do you care??




Wednesday, December 24, 2008

Cukuplah Allah sebagai Saksi dan Penjamin.




Saya sudah lama mencari sebuah hadis Nabi Sollallahualaihiwasallam riwayat Imam Bukhari mengenai cerita 2 orang kaum Bani Israil yang masing-masing pemiutang dan penghutang antara satu sama lain.Cerita yang diceritakan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam ini merupakan Shahih Riwayat Imam Bukhari yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita sebagai umat Muhammad walaupun cerita itu berlaku pada zaman Nabi Musa `alaihissalam..

Kisahnya lebih kurang begini..:


Seorang lelaki ingin memerlukan duit 1000 dinar daripada sesiapa yang boleh membantunya mendapatkan nilai tersebut.Seorang hamba Allah sudi untuk memberi hutang kepada lelaki tadi.Tapi seperti kebiasaan kalau nak meminjam, mestilah ada saksi dan penjamin.Maka apabila hamba Allah yang sudi meminjamkan duit tadi meminta agar didatangkan seorang saksi, lelaki itu menjawab:

"Cukuplah Allah sebagai Saksi"

Hamba Allah itu bersetuju dan apabila dia meminta sekali lagi untuk didatangkan seorang penjamin maka lelaki itu pun menjawab :

" Cukuplah Allah sebagai penjamin"

Hamba Allah tadi pun bersetuju dengan saksi dan penjamin yang diucapkan oleh lelaki itu.Usai, perjanjian untuk bertemu bagi menjelaskan hutang pada hari dan tempat sekian-sekian, mereka pun berpisah.Diceritakan lelaki yang meminjam duit itu tinggal di sebuah pulau yang lain dari Hamba Allah yang meminjamkan duit tadi.

Tiba pada hari yang dijanjikan, lelaki yang meminjam duit tadi sudah bersedia di pelabuhan untuk membayar hutang kepada Hamba Allah yang berada di seberang laut.Dari pagi menanti ketibaan kapal namun tidak muncul jua hingga ke petang.



Begitu juga Hamba Allah yang memberi hutang kepada lelaki tadi yang tertunggu-tunggu kedatangannya untuk membayar hutang sehingga petang.Masing-masing tertunggu-tunggu untuk menyelesaikan apa yang telah disepakati mereka.

Lelaki(berhutang) yang berada di pulau lain itu mengambil keputusan untuk tetap membayar hutangnya pada hari itu juga, lalu mengambil sebatang kayu di tepi pantai dan membuat lubang pada batang tersebut.Duit 1,000 dinar berserta surat kepada Hamba Allah yang memberikan hutang turut dimasukkan kedalam lubang kayu tadi bagi memohon maaf.Lalu dia pun berdoa:
"Ya Allah, Sesungguhnya Aku telah menjadikan Engau sebagai Saksi dan Penjamin ku semasa berhutang tempoh hari.Kini, tatkala aku ingin membayar hutang, kapal yang membolehkan aku sampai ke tempat yang dipersepakati tidak muncul tiba.Maka, Engkau sampaikanlah kayu beserta duit dan surat ini kepada Hamba Allah yang sudi menolong ku tempoh hari"



Hamba Allah yang sudah lama menanti di tempat yang disepakati juga merasakan lelaki yang meminjam itu tidak akan datang, lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Semasa hendak pulang, dia mengambil kayu yang terdampar pantai untuk dijadikan kayu api.
Subhanallah!! Ditakdirkan sewaktu dia memotong kayu tersebut terlihatlah duit beserta surat didalam kayu yang dipotongnya itu.

Selang seminggu kemudian,selepas adanya kapal, lelaki yang berhutang tadi datang menemui Hamba Allah yang memberi hutang untuk meminta maaf akan kelambatannya dan membawa 1,000 dinar bagi melangsaikan hutangnya.Hamba Allah yang telah menerima duit pada hari yang dijanji tidak lagi menerima duit yang dihantar sendiri oleh lelaki tadi dan menyatakan Allah telah menjadi Saksi dan Penjamin kepadamu.

Wallahu`alam..

Bahasa yang digunakan agak kelam-kabut sebab menggunakan ayat sendiri.Saya masih lagi tercari-cari hadis ini mengikut matan(lafaz hadith) yang sebenarnya

sesiapa yang ada terbaca hadis tersebut minta dikongsi bersama..

Pengajaran:


1. Berusaha Mengotakan janji.-apalagi kalau yang dijadikan Saksi dan Penjamin itu adalah Allah.

2.
Tidak mengambil kesempatan. - cuba bayangkan kalau hamba Allah yang bagi hutang tadi ambil kesempatan.Tambah lagi 1,000 dinar maka semuanya menjadi 2,000 dinar.

3.Yakin dengan Allah.


Saturday, December 13, 2008

Faktor-Faktor Kemunculan Hadis Palsu

Pembuatan hadis palsu ini bermula setelah kewafatan Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik,ashabiah,fanatik mazhab dan lain-lain lagi.Ia dilakukan sendiri oleh orang Islam yang lemah imannya dan juga orang-orang munafiqin dan kafir zindik.Pada dasarnya, faktor-faktor yang mendorong lahirnya hadis maudhu` itu adalah seperti berikut :

1.Politik

Setelah wafat Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berlakulah perpecahan di kalangan umat Islam kerana perbezaan pendapat mengenai jabatan khilafah,siapakah yang lebih berhakmenjabat jabatan yang sangat penting itu.Golongan jumhur melantik Abu Bakar radhiallahu`anhu manakala pengikut-pengikut Ali dengan tegasmenyatakan bahawa Ali lah yang lebih berhak memegang jawatan itu kerana dialah yang lebih layak dan lebih utamadari orang-orang lain.Lagipun hal ini telah diwasiatkan oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam sendiri sebelum wafatnya,kata mereka.Melantik orang lain menjadi khalifah beerti merampas Ali yang sah,kata mereka lagi.Bagi menguatkan hujjah-hujjah itu dibuatlah beberapa banyak hadisyang menyatakan keutamaan Ali bin Abi Thalib itu.Antaranya ialah:

-Barangsiapa ingin melihat Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat Nuh tentang taqwanya, ingin melihat Ibrahim tentang kebaikan hatinya, ingin melihat Musa tentang kehebatannya dan ingain melihat Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah ia melihat kepada Ali.

-Apabila kamu melihat Mu`awiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah akan dia.

Golongan jumhur juga tidak ketinggalan membuat hadis-hadis plasuuntuk mempertahankan kedudukan mereka.Di antaranya ialah:

Ashabiah:

Golongan yang fanatik kepada qabilah Umayyah antaranya membuat hadis:

-Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang ;Aku(Muhammad,Jibril dan Mu`awiah.


Golongan yang fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah membuat hadis antaranya:

-Akulah kota ilmu dan Ali pintunya.



2. Fanatik Mazhab

Perbezaan pendapat mengenai hukum-hukum fiqh akhirnya menimbulkan fanatik mazhab yang membabi buta sehingga mereka sanggup membuat hadis-hadis palsu.

Golongan yang fanatik kepada mazhab Hanafi membuat hadis-hadis antaranya:

-Akan ada seorang lelaki dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah an-Nu`man bin Thabit, dia adalah suluh,umatku.

Golongan yang fanatik kepada mazhab asy-Syafi`e membuat hadis:

-Aku (Muhammad)beriman kepada Jibril di sisi Ka`abah,maka ia mengeraskan bacaan (bismillah)

-Akan ada dalam umatku seorang lelaki yang bernama Muhammad Idris ,dia lebih berbahaya ke atas umatku daripada iblis.


3.Golongan Zindiq dan Munafiq

Banyak pula orang-orang yang memluk Islam secara pura-pura,kerana takut,kerana mengikut orang ramai atau kerana kepentingan duniawi.Golongan ini terutamanya para Zindiq dan munafiq memusuhi Islam secara senyap-senyap dari dalam,lalu mereka berusaha merosakkan Islam dengan banyak membuat hadis-hadis palsu.Golongan ini dikatakan telah membuat 14ribu hadis palsu.Di antara hadis-hadis mereka ialah:

-Aku(Muhammad) adalah penyudah segala Nabi ,tiada lagi nabi sesudahku, kecuali jika dikehendaki Allah subhanahu wata`ala.

-Melihat kepada muka yang cantik itu adalah satu ibadat.


4.Ahli-ahli bida`ah

Ada golongan sesat yang berpendapat ,bahawa hadis boleh dibuat untuk menarik orang ke arah ibadat.Menurut mereka dusa kerana kebaikan adalah boleh.Oleh yang demikian , golongan ini membuat hadis-hadis mengenai targhib dan tarhib dan fadhailul Amal.Akibatnya ,banyaklah tersebar dalam masyarakat ISlam hadis-hadis mengenai keutamaan amal dan lahirlah bantyak amalan-amalan bida`ah yang sama sekali tidak berasal daripada sunnah Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam.


5.Golongan sufi yang keliru/sesat.

Golongan sufi ini banyak terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan hadis-hadis palsu.Antaranya ialah hadis-hadis mengenaisurah-surah Al Qur`an satu-persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Ka`abah.


6.Ulama` as-Su`

Di antara ulama` ,ada yang dinamakan ulama` As-Su` iaitu ulama duniawi yang menjual agamadengan dunia dengan harga yang murah, suka menjilat penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat hadis-hadis kerana kepentingan dunia, untuk mendekatkan diri kepada penguasa.

Ghiath bin Ibrahim An-Nakahi`e Al-Kufi pada suatu hari datang berkunjung ke istana Al-Mahdi.Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain dengan burung merpati kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu.Maka berkatalah Ghiath:

Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda: Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah ,unta atau kuda atau burung.

Hadis yang di bawa oleh Ghiath adalah benar, tetapi tambahan perkataan "ataupun burung" itu adalah perkataan Ghiath sendiri untuk membodek Al-Mahdi.Al-Mahdi memahami maksud Ghiath itu lalu disuruh supaya Ghiath hadiah.Dan setelah Ghiath pergi, maka Al-Mahdi berkata:Aku naik saksi atas engkau ,bahawa engkau adalah seorang pendusta terhadap Rasul.Dan kemudian ia berkata pula :Akulah yang mendorongnya berbuat demikian.Al-Mahdi kemudian menyuruh supaya burung merpati itu disembelih.


7.Tukang-tukang cerita

Pendogeng-pendogeng atau penlipur lara banyak mecipta hadis-hadis palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang.


8.Orang-orang yang mencari rezeki

Bagi melariskan barang-barang jualan atau meanrik orang kepada sumber rezekinya banyaklah pula hadis-hadis palsu yang di buat orang.antaranya ialah:

-saya mengadu kepada Jibril kerana kuat bersetubuh, maka is menyuruhku supaya memakan bubur Harisah.


9.Orang-orang mencari nama.

Keghairahaan mencari nama kemasyhuran sebagai perawi hadis yang banyak meriwaytkan hadis mendorong orang membuat hadis-hadis palsu tanpa menghiraukan akibat yang akan menimpa Islam dan umatnya.

Wallahu`alam..

Communication Disorders


What are communication disorders?

There are several different types of communication disorders, including the following:

  • expressive language disorder
    Expressive language disorder identifies developmental delays and difficulties in the ability to produce speech.
  • mixed receptive-expressive language disorder
    Mixed receptive-expressive language disorder identifies developmental delays and difficulties in the ability to understand spoken language and produce speech.

What causes communication disorders?

Communication disorders may be developmental or acquired. The cause is believed to be based on biological problems such as abnormalities of brain development, or possibly by exposure to toxins during pregnancy, such as abused substances or environmental toxins such as lead. A genetic factor is sometimes considered a contributing cause in some cases.

Who is affected by communication disorders?

For unknown reasons, boys are diagnosed with communication disorders more often than girls. Children with communication disorders frequently have other psychiatric disorders as well.

What are the symptoms of communication disorders?

The following are the most common symptoms of communication disorders. However, each child may experience symptoms differently.

Young children with communication disorders may not speak at all, or may have a limited vocabulary for their age. Some children with communication disorders have difficulty understanding simple directions or are unable to name objects. Most children with communication disorders are able to speak by the time they enter school, however, they continue to have problems with communication.

School-aged children often have problems understanding and formulating words. Teens may have more difficulty with understanding or expressing abstract ideas.

The symptoms of communication disorders may resemble other problems or medical conditions. Always consult your child's physician for a diagnosis.

How are communication disorders diagnosed?

Most children with communication disorders are first referred for speech and language evaluations when their delays in communicating are noted. A child psychiatrist is usually consulted, especially when emotional or behavioral problems are also present. A comprehensive evaluation also involves psychometric testing (testing designed to assess logical reasoning abilities, reactions to different situations, and thinking performance; not tests of general knowledge) and psychological testing of cognitive abilities.

Treatment for communication disorders:

Specific treatment for communication disorders will be determined by your child's physician, special education teachers, and speech/language and mental health professionals based on:

  • your child's age, overall health, and medical history
  • extent of the disorder
  • type of disorder
  • your child's tolerance for specific medications or therapies
  • expectations for the course of the disorder
  • your opinion or preference

A coordinated effort between parents, teachers, and speech/language and mental health professionals provides the basis for individualized treatment strategies that may include individual or group remediation, special classes, or special resources. Two approaches are usually considered. Remedial techniques are used to increase communication skills in the areas of the deficit. A second approach helps the child build on his/her strengths to circumvent his/her communication deficit.

Prevention of communication disorders:

Specific preventive measures to reduce the incidence of communication disorders are not known at this time. However, early detection and intervention can address the developmental needs and academic difficulties to improve the quality of life experienced by children with communication disorders.

Alahai Doktor...

Hari ini aku membuat keputusan untuk pergi sendiri ke klinik untuk mendapatkan rawatan penyakit yang aku alami sejak hari Rabu lagi.Ikutkan hati mahu sahaja Immune System badan ini melawan penyakit physiologically tanpa mengharapkan apa-apa bantuan ubat-ubatan.Namun penyakit demam + selesema + batuk yang selalu mem'package'kan kehadiran mereka membuatkan aku selalunya kalah untuk berdepan.Kalau mereka datang secara satu- persatu nescaya akan ku lawan tanpa sebarang ubat disamping strong mind yang mengatakan aku tidak sakit.Itu hanya permainan emosi sahaja.Tapi kehadiran pakej ini yang mengambil terlalu lama untuk sembuh lebih kurang 1 minggu ke 2 minggu ,membuatkan aku tidak senang duduk dan membataskan pergerakan.Cepat rasa penat dan air mata mengalir laju tanpa diminta.Orang kata menangis tanpa lagu.Ya, itulah ayat yang sesuai untuk keadaanku sekarang ini ! jangan bayangkan ya. =p


Usai pendaftaran di buat, aku menunggu giliran nombor dipanggil.Ramai juga orang pada hari Sabtu ya.Ingatkan ramai yang tidak tahu akan operasi PoliKlinik Kerajaan pada hari Sabtu sehingga pukul 12 tengahari sahaja.Terpaksalah menunggu dalam keadaan 'bersedih' dan bersembunyi-sembunyi bagi mengelakkan orang melihat 'kesedihan' diriku..huhu.Kalau orang tengok betul-betul memang mereka akan kata aku tengah menangis.Silap hari mungkin mereka derma duit sekali, kesian punya pasal.hehe.


Apabila nombor dipanggil, aku terus masuk ke bilik yang dinyatakan dalam skrin.NO 14. Seorang doktor perempuan Cina sedia menunggu dan memperlawa duduk.Disampingnya ada seorang jururawat yang menguruskan pentadbiran pesakit-pesakit yang datang berurusan dengan doktor dalam bilik itu pada pandanganku.Maka berlakulah dialog antara pesakit dan doktor seperti di bawah :

Doktor:Ya, kenapa?
Aku:Saya demam, selesema dan batuk ,doktor.Pakej ni.

Doktor menulis sesuatu di atas kertas.Mungkin menulis transkripsi ubat pada hematku.Lalu dia mengambil lampu suluh dan mahu melihat oral cavity ku.Tak sampai 5 saat kemudian dia menulis lagi.Kemudian bertanya: "Ada apa-apa lagi?" Aku hanya menggeleng.

Doktor: Ok, awak boleh ambil ubat.
Aku: Terima Kasih,Doktor..

Selesai..rasa-rasa setengah jam kot perbualan atas ni..pedas2. =p

Apa yang kukesalkan adalah sikap acuh tak acuh Doktor tersebut untuk merawat pesakit.Hanya dengan beberapa perbualan seperti di atas dan sebiji lampu suluh sudah memadai.Done!! Bermacam-macam persoalan timbul ketika menunggu giliran mengambil transkripsi ubat.Beza sungguh dengan apa yang aku belajar dalam "BASIC HEALTH COMMUNICATION AND BEHAVIOURAL SCIENCE" semester lepas.Kejadian ini bukan hanya berlaku sekali sahaja terhadapku tetapi sudah lebih 3 kali berlaku dengan doktor2 yang berbeza.Adakah ini standard klinik kerajaan pada hari ini.?

Teringat aku sewaktu menerima rawatan dengan Doktor di klinik UIAM semester lepas.'Pakej' sakit yang sama, tapi pendekatan yang amat berbeza.Tekanan darahku, suhu badan,degupan jantung malah urine test pun di ambil untuk melihat kemungkinan ada kesan sampingan.Perbandingan yang ketara ini menunjukkan standard yang berbeza ada pada diri setiap doktor pada hari ini.Tapi AWAS!! bukan semua doktor sedemikian rupa.Sebilangan sahaja tetapi mampu memberikan kesan yang buruk kepada nama baik doktor-doktor di Malaysia.Aku juga sebahagian daripada "Health Practioner" yang memahami Sistem Pengurusan Kesihatan yang mementingkan hubungan antara pesakit dan pengamal perubatan. Terpulang kepada sesiapa untuk bersetuju atau menolak entri kali ini.Padaku, ini mungkin bicara waras dari orang gila sepertiku.Wallahu`alam.

Berkata Imam Hadhari:

"Kita mempunyai kemudahan infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti rakyat kelas ketiga"

Fikirkan...

Thursday, December 11, 2008

Budak-budak...~

Antara beberapa sebab saya memilih bidang Audiology and Speech Language Pathology sebagai first degree saya ialah kerana bidang ini secara tidak langsung berurusan dengan kanak-kanak.Tidak dinafikan pesakit-pesakit yang datang tidak mengira umur daripada bayi sehinggalah kepada orang tua.Namun,kebiasaanya majoriti yang datang sebagai pesakit adalah kanak-kanak ataupun bayi.Peringkat ini merupakan tahap yang paling sesuai dan kritikal untuk mengenalpasti penyakit,menjalani prosedur 'intervention' , 'rehabilitation' dan lain-lain lagi bagi membolehkan pesakit hidup sebgai manusia biasa..(stressed-antara bebeberapa sebab..banyak lagi sebab lain.. =) )


Kebetulan pula, saya amat menyukai budak-budak.Subhanallah,mereka yang comel ini bukan sahaja comel pada fizikal tetapi kadang-kadang pada perangai mereka.Tingkah-laku dan perangai mereka kadang-kadang begitu menghiburkan.Ada yang petah berkata, 'babbling'-(bebel)dan sebagainya.Kanak-kanak biasanya akan bercakap mengikut apa yang dirasainya.Contohnya, kalau makanan tidak sedap,maka dia akan beritahu tidak sedap tanpa sebarang kiasan atas tapisan.Maklumlah,mereka ini masih lagi dalam proses tumbesaran dan masih belum lagi `akil baligh.Mudah sahaja bagi mereka melakukan aksi-aksi yang di luar jangkaan kita sebagai orang dewasa.

Subjek mata pelajaran yang diambil sepanjang bergelar siswa ini pun ada menyelitkan subjek khas mengenai kanak-kanak (Paediatric Audiology and Speech dan Paediatric Audiology-beza ni..).Peringkat awal, kami didedahkan dengan Language Development yang membicarakan tentang perkembangan bahasa bermula dari bayi yang sepatutnya berkembang seiring dengan usia yang bertambah.Bermula dengan menangis, babbling ,first word, dan akhir sekali bercakap.Setiap peringkat perlu dipantau supaya selari dengan perkembangan bahasa bayi.


Suka dan sayang kepada budak-budak juga merupakan sunnah Rasulullah Sollallahu`alaiwasallam.Boleh imbas kembali bagaimana Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam melayani cucu baginda Hassan dan Hussin walaupun ketika dalam solat.Anas bin Malik yang pernah berkhidmat selama 10 tahun dengan Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam, tidak pernah pun dimarahi atau ditengking.Semuanya dilakukan sendiri oleh Rasulullah sekiranya Anas terlupa atau tidak melakukannya.
Wallahu`alam.

Sekadar berkongsi kelucuan aksi-aksi insan-insan yang belum lagi tertaklif ini..hehe =)


cakap lepas
video


tarian tidur
video


lucu+comel
video

"Charlie, that really hurt.." (baby sorang ni buat muka tak bersalah..) haha

Wednesday, December 10, 2008

Pandangan Salah atau Salah Pandangan?


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik? kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"aa ah, rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"orrait gak tu. tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju, pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferarri datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye...

Ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie
...Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye......!!!

“Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong....!!!”


**dapat cerita ini dari seorang kawan hasil adaptasinya mengenai persepsi salah orang terhadap apa yang dilakukanya ~Kita menilai apa yang zahir, tetapi Allah menghukum segala-galanya..~

Saturday, December 6, 2008

`Ain


Entri kali ini bukanlah bertujuan ingin bercerita tentang Cik `Ain atau makcik `Ain atau Tok `Ain. Bukan juga mahu bercerita tentang mata secara physically (kena tanya optometrist la kalau nak tahu tentang mata secara detail). Tetapi lebih menjurus kepada penyakit akibat pengaruh pada pandangan mata yang diriwayatkan melalui hadis Nabi Sollallahu`alaihiwasallam.

Kebiasaan kita kalau melihat sesuatu yang menakjubkan,pastinya ketakjuban itu disertai dengan 'huyyyooo', 'wow', 'hebat woo' dan lain-lain lagi semata-mata mahu mengambarkan kekaguman kita itu.

Di samping itu,pandangan dalam kekaguman juga merupakan salah satu wasilah orang yang melihat menzahirkan kekaguman itu tanpa bicara sepatah pun di bibir.Tapi AWAS!! Setiap yang pujian itu menanti pelbagai masalah terutama kepada orang yang dipuji tidak kiralah pujian melalui mulut atau perasaan yang timbul melalui pandangan.

Firman Allah subahanahu wata`ala:


وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً

Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "MAASYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLAA BILLAH (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan, (Al Kahf ;39)



Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda :

"Pengaruh 'ain itu benar-benar dapat terjadi.Kalaulah ada sesuatu yang dapat mendahului taqdir nescaya 'ain lebih mendahuluinya."
(Hadith Shahih Riwayat Muslim dan dan Ahmad)


Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda:

"Jika salah seorang dari kamu melihat sesuatu yang menakjubkan pada dirinya atau hartanya hendaklah ia mendoakan keberkatan atasnya kerana sesungguhnya penyakit akibat pengaruh pandangan mata itu benar-benar terjadi."
(Hadith Shahih Riwayat Ibnu Sunni)


Abu Sa`id berkata: "Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam biasa berta`awudz dari gangguan jin dan pengaruh `ain hingga turunlah Mu`awwidzataini (surah Al Falaq dan surah An-Naas).Ketika kedua surah itu turun,beliau mempergunakannya dan meninggalkan selainnya."
(Imam At-Tirmidzi berkata: Hadith Hasan)


Kesilapan yang biasa dilakukan adalah memuji tanpa mengembalikan pujian itu kepada yang menciptakan sesuatu itu menjadi indah atau cantik.Lafaz-lafaz seperti Alhamdullillah, Masya Allah,Subhanallah,Allahuakbar tidak diselitkan dalam ucapan pujian itu.Sepatutnya, yang menciptakan kecantikan itulah yang perlu kita puji kerana menjadikan sesuatu itu cantik..Kembalikan pujian itu kepada yang sepatutnya dipuji dengan memasukkan lafaz- lafaz tadi dalam pujian tersebut.

"Subhanallah, tembamnya budak ni" (^_~)

"MasyaAllah,rumah baru ni cantik"

"Allahuakbar, hebat awak ni."


Begitu juga pandangan mata (a`in) yang selalu kita tidak sedari melakukannya terhadap orang lain tanpa mengembalikan ketakjuban itu kepada Allah subhanahu wa ta`ala.Hakikatnya yang menjadikan setiap sesuatu itu hanyalah Allah.

Teringat kata-kata ustaz saya yang mengajar akan hal ini, "Seseorang itu boleh jatuh(baca:muflis,hilang jawatan dan seangkatannya) gara-gara selalu dipuji tanpa menhubungkan pujian itu kepada Allah kerana `ain iaitu pengaruh pandangan mata."

Kesimpulannya, jagalah pujian dan pandangan matamu yang mungkin akan membinasakan orang lain..wallahu`alam.

"Pujian Ibarat Pisau Cukur di Leher Manusia"


Thursday, December 4, 2008

Berbaik Sangka Dengan Allah..

Sejak pengumuman keputusan peperiksaan semester 1 2008/2009 disahkan keluar, ramai pula yang menghantar pesanan khidmat ringkas sms mengadu masalah natijah mereka yang tidak memberangsangkan.Ada yang terlalu sedih.Ada yang kecewa.Ada yang menyumpah maki seranah.Ada pula yang sudah merancang (emosi tak stabil kot) untuk berhenti dari meneruskan pelajaran di UIAM Kuantan ini.Tidak dilupakan juga, ada yang gembira sakan.Masing-masing dengan cara dan gaya yang tersendiri demi meraikan kegembiraan atau menghilangkan rasa ketidakpuashatian dan kekecewaan menatap natijah mereka.

Namun persoalan menerjah kembali. Mengapa aku pula yang mereka cari?Apa kelebihanku?


Betullah apa yang selalu diperkatakan orang "Erti Hidup Pada Memberi".Tidak semestinya bila kita sudah cukup segala-galanya barulah mahu 'memberi'.Apa yang mampu di'hadiahkan' kita beri seadanya.Walaupun monolog dalaman selalu mengatakan kita tidak mampu dan tidak boleh.Inilah penyakit yang akan membarah dan akhirnya menjadi kanser 'aku tidak pedulisme'' dikalangan masyarakat kita pada hari ini. "Kau dengan hal kau , aku dengan hal aku.." .."Kubur kita asing-asing.."


Kembali kepada persoalan natijah peperiksaan yang baru keluar, 'Berbaik Sangkalah Dengan Allah". Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.Musahabahlah dengan apa yang berlaku sepanjang semester dan berusaha untuk menjadi lebih baik.Asam garam kehidupan begitulah,kadang-kadang kita berjaya, dan kadang-kadang juga kita gagal. 'Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya' Pasti banyak lagi rahsia yang akan tersingkap jika berada dalam golongan orang yang sabar.~Sabar kan indah~


Ingatlah ayat yang selalu diulang-ulang ini :


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Ar Rum ;2)


Kepada yang berjaya, tahniah dan teruskan kegemilangan anda..Perbanyakkan syukur kepada Allah.InsyaAllah akan ditambahi lagi kejayaan pada masa akan datang.


لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".(Ibrahim :7)

Jihad perlu diteruskan...

Tuesday, December 2, 2008

Bermimpi..

Mimpi adalah perkara biasa yang dialami oleh manusia tatkala sedang tidur.Mimpi boleh jadi mimpi yang baik atau mimpi buruk.Namun seringkali mimpi itu disalahertikan apabila adab-adab mimpi yang diajarkan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam tidak diambil perhatian.Maka berlakulah perbuatan-perbuatan yang mempermainkan mimpi orang lain apabila mimpi itu diceritakan kepada mereka.Contohnya:


A : Aku bermimpi dipatuk ular la malam tadi.
B : Hmm..aku rasa tiga hari lagi la kehidupan kau ni....(ketawa dalam gurauan)


Situasi ini mungkin biasa berlaku kepada mereka yang menganggap mimpi ini sebagai mainan tidur.Tetapi, apa yang berlaku kepada Nabi Yusuf `alaihissalam menunjukkan sebaliknya.Di dalam Al Qur`an ,Surah Yusuf, diceritakan terdapat 3 mimpi yang berlaku kepada Nabi Yusuf `alaihissalam, Raja Mesir dan 2 orang teman yang berada dalam penjara bersama Nabi Yusuf `alaihissalam.Kesemua mimpi-mimpi yang diceritakan ini berlaku.Nah, mimpi tidak hanya dikategorikan sebagai mainan tidur sahaja tetapi boleh juga menjadi ilham atau wahyu kepada para nabi.Mari kita berkongsi adab-adab mimpi yang datang dari Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam dari hadith-hadithnya:


Abu Salamah bin Abdurrahman berkata: saya mendengar Abu Qatadah bin Rab`i berkata: Saya mendengar Rasulullah Sollallahu`alaiwasallam bersabda:

((Mimpi yang baik berasal dari Allah sementara mimpi yang buruk berasal dari syaitan.Apabila salah seorang dari kamu bermimpi sesuatu yang tidak menyenangkan maka hendaklah ia meludah ke kiri 3 kali ketika terbangun dan berlindung kepada Allah dari keburukannya(dengan mengucapkan Ta`awudz) kerana sesungguhnya mimpi itu tidak akan membahayakannya))

***Berludah yang tidak mengeluarkan air ludah***( yanfus )

Abu Salamah berkata: "Aku tidak bermimpi sesuatu yang lebih terasa lebih berat bagiku daripada gunung, begitu aku mendengar hadith ini aku tidak mempedulikan mimpi tersebut."

Dalam riwayat yang lain disebutkan : "Saya pernah bermimpi sesuatu yang memberatkanku, sehingga aku mendengar Abu Qatadah berkata : " Aku juga pernah bermimpi sesuatu yang membuatkankujatuh sakit sehingga aku mendengar Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda : "Mimpi yang baik berasal dari Allah jika seseorang dari kamu bermimpi sesuatu yang menyenangkan maka janganlah ia ceritakan kecuali kepada orang yang suka mendengarkannya.Dan hendaklah ia meludah ke kiri sebanyak 3 kali.dan hendaklah ia berlindung kepada Allah dari keburukannya yang dilihat dalam mimpinya itu (dengan mengucapkan ta`awudz) Kerana sesungguhnya mimpi itu tidak akan membahayakannya."
(Muttafaqun `alaihi)


Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir radhiallahu`anhu dari Rasulullah Sollallahu`alaiwasalam bersabda:
"Jika salah seorang dari kamu melihat dalam mimpinya sesuatu yang dibencinya maka hendaklah ia meludah ke kiri sebanyak 3 kali, berta`awudz kepada Allah dari gangguan syaitan 3 kali dan mengubah posisinya."




Ringkasan :

1.Berludah 3 kali ke kiri - berludah tanpa memgeluarkan air liur...tuuh..!! tuuh..!! tuuh..!!

2.Berta`awudz - A`uzubillahi minassyaiton nirrajeem....

3.Menukar posisi tidur - kepala di tempat kaki dan sebaliknya..bagi yang sudah berpasangan , dinasihati untuk memberitahu pasangan masing2 tentang perubahan posisi tidur terlebih dahulu sebelum tidur lagi..heh (^_~)

4.Tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain.Seboleh-bolehnya dilupakan terus.Sekiranya ingin juga menceritakan mimpi tersebut, carilah orang-orang alim yang akan mendoakan kebaikan mimpi tersebut.